Teka-teki

1. Kuda apa yang tiada kaki ?

Kuda laut


 

 

 

 

 

  

2.   Berjalan guna dua kaki,

      Berhenti sekejap guna tiga kaki,

      Bila berhenti lama guna empat kaki,


      Siapakah dia ?

Motosikal

 

------------------------------------------------------------------------------------

3. Dia manusia, tetapi tidak tidur, tidak makan atau mati. 

    Siapa dia ?

Raja
(Baginda beradu, santap, dan mangkat)

  -----------------------------------------------------------

4. Bunga apa boleh dimakan ?

 

Bunga  Telur

5. Pergi memancing di Sg. Deli,

     Dapat seekor ikan keli,

     Jadi adik bijak bistari,

     Binatang apa keris di kaki ?

Ayam


6. Pagi-pagi pergi ke kebun,
            Menebas rumput guna parang,
         Waktu siang matanya rabun,
            Waktu malam matanya terang.

 

Burung Hantu



7. Naik basikal pergi ke pekan,

              Singgah membeli periuk belanga,   

     Sungguh manis bila dimakan, 

       Kulitnya merah berambut pula.

 

Rambutan

 


 


 




12 comments:

  1. syabas, blog anda amat menarik perhatian saya..

    ReplyDelete
  2. Kaedah menggunakan teka-teki untuk memperluaskan pengetahuan pelajar-pelajar amat kreatif. Murid sekolah rendah dapat belajar Bahasa Melayu dengan lebih cepat dan efektif.

    ReplyDelete
  3. Nice job. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  4. Kaedah menggunakan teknik teka-teka dalam PnP amat berinovatif.Syabas !

    ReplyDelete
  5. Saya suka akan teka-teki cikgu, ia bukan sahaja dapat mencungkil pemikiran murid-murid malahan murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang selesa.

    ReplyDelete
  6. Blog yang menarik, terima kasih kerana berkongsi kaedah P&P.

    ReplyDelete